Wednesday, December 8, 2010

Masih Setia nukilan Aisya Sofea..

novel terbaru dari Aisya Sofea telah meruntun hati wanitaku....memang banyak persamaan antara aku dengan watak utama.....Miera, dia seorang berepelajaran..sama..punya cita-cita...sama..ada rupa..sama..ceh perasan kau...sukar untuk bercinta ia tepat sekali.....itu persamaan yang paling unggul sekali..memang saya sukar untuk bercinta....tetttttttt...

berikanlah saya Lelaki seHandsome mana pun, seKaya mana pun, sePandai mana pun, seAlim mana pun..tapi kalau hati kata Izyan belum terbuka lagi pintu hatimu untuk bercinta..maka lelaki itu sudah pasti tidak dapat mengetuk pintu hati wanita saya....benar saya ada ramai kawan lelaki tetapi itulah masalahnya..bila terlampau ramai...rasa dah selesa and bila nak bercinta ..alamak lain macam plak kan...tetapi orang cakap..kawan baik adalah paling sesuai untuk dijadikan suami...tapi entahlah..hati nih kosong lagi....nanti kalau ada jodoh adalah tak ke mana kan..

Aisya Sofea juga ada mengupas isu adat minang...macam tahu-tahu jer saya nih pon keturunan minang dari Bukit Tinggi, Indonesia (sumber dari Wan..wan pernah cerita yang moyang dia dari Bukit Tinggi)..dan waris kami sangat kuat bila mama anak bungsu perempuan...so harta pusaka semua jatuh atas nama ma...tapi masih okey lagi adat minang kami..tak adalah sampai saya kena kahwin paksa dengan lelaki pilihan waris kami....wah kalau macam tuh haru gak nih....tapi tak tahu masa akan datang kan...ceh....

okey ini sinopsis novel .................................................................................................................................
Miera - Gadis biasa yang hidup serba sederhana. Ada rupa, ada pelajaran, ada cita-cita. Dalam menjalani kehidupan seharian, teman lelaki tidak pernah terlintas di fikiran. Sehinggalah dia dipaksa memikirkannya atau dia tiada pilihan!

Rudi - Lelaki terpilih yang ingin digandingkan dengan Miera. Namun Miera tetap berkeras enggan berteman biarpun segunung harta dijanjikan untuknya.

Musibah melanda. Sekelip mata, percutian Miera di bumi asing bertukar menjadi tragedi. Namun, di sebalik peristiwa hitam yang berlaku, kehadiran Dr. Malik mengetuk pintu hatinya. Dalam kesibukan membantu mangsa bencana, dia mengamati lelaki itu dari jauh. Dalam kelelahan menjalani kehidupan seharian, dia mendekati tanpa sengaja. Jeling-menjeling, pandang-memandang. Jiwa terusik, hati bergelora hingga tanpa sedar, perasaan itu hadir tanpa diundang. Mengapa hatinya mudah tercuit dek lelaki itu?

Hatinya berbelah bahagi. Rudi yang mencintai, Dr. Malik yang diingini. Masakan dia boleh memiliki kedua-duanya. Justeru, mana satu pilihan terbaik untuknya?

Siapa lelaki itu sebenarnya? Mengapa hatinya mudah tercuit dek lelaki itu? Mampukah dia mengusir rasa istimewa itu apabila segala-galanya terbongkar?


Love,
Izyan Ismail
P/S: saya bagi 4 bintang...memang best novel nih...dah terkena batang hidung sendiri memanglah best kan...



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails