Sunday, February 13, 2011

Pembunuh Bayi dan Pelacur tanpa Dibayar..


sebelum berlaku perkara yang tidak dinginkan, sebelum berlaku persenyawaan yang tidak dikehendaki, sebelum menjadi manusia yang tidak bertanggungjawab, sebelum menjadi binatang, sebelum menajadi PEMBUNUH, sebelum menjadi manusia yang disumpah memalukan kaum sendiri dan sebelum Maha Esa mengambil nyawa tanpa bertaubat....Anda boleh mengelakkannya dengan berkhalwat dengan PENCIPTA bukan berkhalwat bersama lelaki yang tidak bertanggungjawab yang mahu awak membuktikan cinta..Cinta apa yang perlu bukti..merobek Dara anda??merobek hati ibu bapa anda? atau merobek rahim anda ..iya mungkin anda akan membidas mengatakan aku boleh membuang sesuka hati ku..tapi Maha Esa akan meragut seluruh rahim anda kerana kerap menjadi PEMBUNUH...

faham dengan bahasa ku?atau bahasaku terlalu rumit untuk difahami?atau bahasaku tidak seromantis bahasa lelaki yang kamu puja yang kamu sanjung yang merayu untuk meratah daramu? bahasaku sangat mudah untuk difahami kerana aku berbahasa melayu bahasa daripada bangsa kamu sendiri, apa yang kamu mahu katakan? kamu tidak puas hati? apa yang kamu geram? luahkan wahai adik-adik yang aku sayang...luahkan..

tidak merasakan kasih sayang daripada ibu bapa? memerlukan perhatian?memerlukan apa lagi? luahkan ..jangan kau robek masa depan mu...Maha Esa mengangkat darjat kaum Wanita ditempat yang tinggi....apa yang kamu pandang dengan lelaki durjana itu? apa yang kau sayang dengan lelaki yang tidak menyangimu?tiada perasaan waima sekulimit pon kasih sayang kepada kamu..

mahu menjadi PEMBUNUH bayi? mahu menjadi ibu tanpa suami? mahu menjadi pelacur yang tanpa dibayar? pilihan anda....

Love,
Izyan Ismail
P/S: tahniah kepada Puan Hajah Sheila Rusli menerbitkan drama Ampunkan Daku ..sesungguhnya ia adalah dakwah yang amat berkesan..Insya Allah doakan yang terbaik supaya bulan 11 tiada kes pembuangan bayi yang berleluasa... AMIN...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails