Saturday, July 6, 2013

Ikhlas wahai pencinta


Baru lepas khatam blog fyn jamal and her husband tri,
Dulu, kawan aku Afiza Amin suruh aku baca blog fyn jamal,
Tapi hati aku memberontak, 
sebab aku tak faham,
Kenapa fyn jamal sangat gelap dan kasar,
Aku lupa dulu aku juga kasar,
Tapi siapa nak mengaku tahi sendiri kan,
Sekarang baru aku mengerti,
Mungkin dulu aku dalam dunia fantasi puteri,
Kini, bila dah jatuh terduduk,
Aku sedar langit tak selalunya cerah,

Tanpa sedar air mata mengalir membaca kisah hidup fyn jamal,
Betul cakap kak fyn,
Cinta itu ada,
Tapi kita kena yakin dan berserah kepadaNya,

Berserabut otak memikirkan yg sewajarnya,
Ikhlas
Ikhlas
Ikhlas

Ikhlas dalam menerima cinta,
Ikhlas memberi cinta,
Ikhlas dengan ketentuanNya,

Betul cakap kak Fyn,
Tuhan menguji kita untuk kita memilih,
Kita lebih sayang Tuhan atau lelaki yg muncul,
Maruah perlu dijaga bukan dijaja,

Terima kasih kak fyn,
Atas nasihat dan kisah hidup akak.

Love,
Yan Ismail

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails